16 Januari 2019 - 16:54
Syria Dan Iraq Yang Berjaya Tewaskan Daesh, Bukan AS: Iran

Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif mengatakan bahawa kejatuhan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Iraq dan Syria merupakan hasil daripada usaha keras kedua-dua negara Arab itu sendiri dan Amerika Syarikat tidak memainkan peranan apapun di dalam kejayaan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif mengatakan bahawa kejatuhan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Iraq dan Syria merupakan hasil daripada usaha keras kedua-dua negara Arab itu sendiri dan Amerika Syarikat tidak memainkan peranan apapun di dalam kejayaan tersebut.

Menteri Luar Mohammad Javad Zarif membuat kenyataan itu pada hari Rabu di dalam sebuah pertemuan dengan ahli perniagaan Iran dan Iraq serta para pegawai tempatan di kota Karbala, Iraq.

Zarif dengan merujuk kepada fakta bahawa Amerika Syarikat setakat ini tidak pernah berjaya dalam memerangi keganasan di belahan dunia yang lain berkata bahawa kejayaan di Iraq dan Syria dapat dicapai kerana rakyat dari kedua-dua negara itu memilih untuk bangkit, berperang, dan mengorbankan nyawa mereka dalam rangka mempertahankan tanah air mereka. "Itulah faktor sebenar kepada kemenangan ini; tiada kaitan dengan Amerika Syarikat tetapi perkara ini terkait dengan pencapaian bangsa-bangsa yang berada di rantau ini." - PRESS TV